Thursday 13 June 2013

Ekspidisi ke Lubuk Toman Kenyir

pemandangan diatas house boat
ingrine fishing team
Spesis ikan kelah memang banyak mendiami kawasan tasik kenyir ini, namun kini bilangannya mula berkurangan akibat aktiviti pemburu kelah haram yang tidak terkawal. namun usaha dari jabatan perhilitan telah menutup sungai pertang kepada pemancing dan menjadikan santuary kelah dan pemuliharaan berterusan dapat mengekalkan spesis ini dari kepupusan.
tetapi kali ini misi aku,  bukan ..untuk mencari kelah , kerana agak sukar untuk memancing raja ikan darat ini jadi kami melabuhkan house boat dilata beruang.Di house boat ini juga kami didatangi oleh satu pasukan perhilitan untuk memeriksa jika ada yang membawa jaring atau jala yang diharamkan penggunaan nya disini. DiLata Beruang ini lebih  terkenal dengan baung yang bermain di air terjun semasa air agak keruh , terutama selepas hujan .ekspedisi kali ini disertai oleh rakan2 lama dan semasa cerita ini di tulis pemandu van yang kami naiki pun sudah kembali kerahmahtullah keranan kemalangan.  
Allahyarham hassan depan kiri
House Bot kali di sewa dari pok par yang menjadi tekong bot bersama dengan dua orang awak awak. kelebihan pakej House Boat ini di merangkumi makan untuk 5 kali sehari yang disediakan oleh tekong boat dan house boat ini di lengkapi dengan astro . terdapat dua tingkat dimana tingkat atas untuk ruang tidur dan solat manakala di bawah untuk makan dan terdapat dapur serta bilik air .
untuk memancing , pelantar bahagian tepi bot di boleh digunakankan ianya luas dan juga selesa untuk pemancing dalam sepuluh orang . 2 buah sampan kecil dengan injin sangkut juga disediakan untuk pemancing pergi kehulu sungai
atau naik ke darat.
toman seberat 5 kilo yang berjaya dinaikan
Berbaloi juga ekspedisi kali ini dengan ikan yang berjaya kami naikkan . walaubagaimanapun sedikit kecewa kerana kepupusan ikan sudah mula dirasakan oleh pemancing2 yang datang ke Tasik Kenyir ini. Agak berbeza jika dibandingkan dengan ekspedisi 3 tahun lepas ,Ikan boleh dilihat bermain2 di sekeliling boat , seperti berada di dalam akurium , akan tetapi kini suasana itu sudah tidak dapat dirasai lagi . dan satu lagi ,  juga mungkin pemilihan tekong bot yang kurang tepat. Tekong bot juga banyak memainkan peranan , kerana lubuk ikan disini mereka lebih yang arif dan tanpa panduan yang diberikan kita tidak mungkin dapat mengenal pasti lubuk2 ikan . kepupusan ikan disini akibat aktiviti menjaring yang dilakukan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab dan jika tidak dikawal aktiviti ini lubuk toman hanya tinggal sebagai empangan hydroelektrik yang membekal tenaga dan  menakung air untuk diminum sahaja.







Hai!
Hasilkan laman web anda seperti mana yang saya lalukan.
Ianya mudah, dan percuma.
AD

No comments:

Post a Comment