Thursday 20 June 2013

cycling team

Al Ehsan Bikers

Berbasikal sebagai satu aktiviti riadah yang sihat
berkayuh dalam kumpulan ramai sehingga ke sempadan negeri sembilan
Berbasikal adalah satu aktiviti riadah yang sihat , dan diakhir-akhir ini aktiviti ini mula diterima ramai , samada secara berkumpulan atau berkayuh secara solo. Jenis basikal yang makin di minati ialah basikal gunung atau mountain bike. ini adalah kerana basikal jenis ini boleh di gunakan untuk jalan berbukit atau off road dan juga on road . ini dengan disesuaikan jenis penggunaan tayar yang lebih kasar bunga nya untuk off road dan bunga tayar yang seakan tayar basikal racing untuk jalan raya. basikal mountain bike ini dari segi harga boleh didapati dengan harga yang mampu milik. untuk basic basikal gunung ini boleh dibeli dengan harga satu ribu kebawah. 

laluan lebuhraya menjadi pilihan
antara laluan yang menjadi pilihan ialah trek merentas kampung sekitar semenyih dan untuk kayuhan yang lebih selesa dan selamat ialah trek lebuhraya keran luas dan memudahkan kiranya berkayuh secara berkumpulan.
berkayuh secara santai di hujung minggu
bagi aku basikal pertama yang aku miliki ialah dari jenis rock bike yang lebih ringan dan ianya lebih sesuai untuk laluan jalan raya manakala basikal yang kedua pula exitway yang lebih sesuai untuk laluan off road. Kayuhan hujung minggu ini sekadar bersantai secara berkumpulan dan banyak juga kumpulan yang kami temui dan kebanyakan di polupori oleh kaum cina.
Basikal terpakai dari Jepun yang agak popular dikalangan peminat basikal antik



Hai!
Hasilkan laman web anda seperti mana yang saya lalukan.
Ianya mudah, dan percuma.
AD

Thursday 13 June 2013

Ekspidisi ke Lubuk Toman Kenyir

pemandangan diatas house boat
ingrine fishing team
Spesis ikan kelah memang banyak mendiami kawasan tasik kenyir ini, namun kini bilangannya mula berkurangan akibat aktiviti pemburu kelah haram yang tidak terkawal. namun usaha dari jabatan perhilitan telah menutup sungai pertang kepada pemancing dan menjadikan santuary kelah dan pemuliharaan berterusan dapat mengekalkan spesis ini dari kepupusan.
tetapi kali ini misi aku,  bukan ..untuk mencari kelah , kerana agak sukar untuk memancing raja ikan darat ini jadi kami melabuhkan house boat dilata beruang.Di house boat ini juga kami didatangi oleh satu pasukan perhilitan untuk memeriksa jika ada yang membawa jaring atau jala yang diharamkan penggunaan nya disini. DiLata Beruang ini lebih  terkenal dengan baung yang bermain di air terjun semasa air agak keruh , terutama selepas hujan .ekspedisi kali ini disertai oleh rakan2 lama dan semasa cerita ini di tulis pemandu van yang kami naiki pun sudah kembali kerahmahtullah keranan kemalangan.  
Allahyarham hassan depan kiri
House Bot kali di sewa dari pok par yang menjadi tekong bot bersama dengan dua orang awak awak. kelebihan pakej House Boat ini di merangkumi makan untuk 5 kali sehari yang disediakan oleh tekong boat dan house boat ini di lengkapi dengan astro . terdapat dua tingkat dimana tingkat atas untuk ruang tidur dan solat manakala di bawah untuk makan dan terdapat dapur serta bilik air .
untuk memancing , pelantar bahagian tepi bot di boleh digunakankan ianya luas dan juga selesa untuk pemancing dalam sepuluh orang . 2 buah sampan kecil dengan injin sangkut juga disediakan untuk pemancing pergi kehulu sungai
atau naik ke darat.
toman seberat 5 kilo yang berjaya dinaikan
Berbaloi juga ekspedisi kali ini dengan ikan yang berjaya kami naikkan . walaubagaimanapun sedikit kecewa kerana kepupusan ikan sudah mula dirasakan oleh pemancing2 yang datang ke Tasik Kenyir ini. Agak berbeza jika dibandingkan dengan ekspedisi 3 tahun lepas ,Ikan boleh dilihat bermain2 di sekeliling boat , seperti berada di dalam akurium , akan tetapi kini suasana itu sudah tidak dapat dirasai lagi . dan satu lagi ,  juga mungkin pemilihan tekong bot yang kurang tepat. Tekong bot juga banyak memainkan peranan , kerana lubuk ikan disini mereka lebih yang arif dan tanpa panduan yang diberikan kita tidak mungkin dapat mengenal pasti lubuk2 ikan . kepupusan ikan disini akibat aktiviti menjaring yang dilakukan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab dan jika tidak dikawal aktiviti ini lubuk toman hanya tinggal sebagai empangan hydroelektrik yang membekal tenaga dan  menakung air untuk diminum sahaja.







Hai!
Hasilkan laman web anda seperti mana yang saya lalukan.
Ianya mudah, dan percuma.
AD

misi menawan puncak Broga

Peak Of Broga Hills
di kaki bukit Broga
Pada cuti sekolah pertengahan tahun dibulan jun2013 . kali ini abang menyatakan hasratnya untuk mendaki bukit Broga. Tanpa perancangan yg panjang aku menetapkan esok hari , iaitu pada hari selasa, kerana mungkin orang kurang dan memudahkan untuk mendaki.
kami yang pertama kali ingin menawan puncak broga ini tidak menjangkakan kesukaran untuk sampai kepuncak dan tiada persiapan rapi dari segi mental fizikal serta tanpa sebarang alat sokongan .
tepat jam 7 pagi kami bertolak dari rumah untuk ke kaki bukit broga yang cuma terletak kira kira 20 minit perjalanan. Setiba di kaki bukit broga kami memakir kereta ditapak meletak kereta dengan bayaran RM 2 utk sekali masuk.jika pada hari cuti umum atau cuti hujung minggu tempat parking agak penuh.pengusha parking kereta ini yang juga tuan punya ladang kelapa sawit ini , bertambahlah rezekinya kerana secara kebetulan 4 atau 5 tahun kebelakangan ini , bukit broga ini tersenarai dalam lokasi perlancungan popular di semenyih.
laluan peringkat awal
pendakian yang pada mulanya kami menjangkakan mudah adalah meleset . awal2 lagi kasut angah terkopek tapak kasut nya, ini baru permulaan pendakian telahpun mula dirasakan kesukaran.trek lalauan pula agak mencabar sedikit demi sedikit, peluh mula membasahi baju dan sepanjang pendakian kami berselisih dengan kumpulan yg pulang kerana mereka tekah mendaki seawal subuh . memandangkan laluan agar sukar kami tidak berani untuk mendaki di waktu cuaca gelap ditambah dengan adik yang cuma memakai selipar juga turut serta . dalam perjalanan kami terserempak dengan ular tedung selar yang sudah mati di bunuh, pengunjung perlu berhati2 kerana di sini menjadi habitat ular yg mendiami kawasan bawah terutama di ladang kelapa sawit ini.
untuk mendaki keatas puncak peringkat paling mencabar ialah di pertengahan perjalanan kerana trek laluan terlalu curam, bagi yang pertama kali mungkin mengejutkan kerana melihat ketinggian bukit ini seakan2 mendaki di puncak gunung kinabalu yang memerlukan berpaut pada tali . keselamatan pendaki juga adalah tanggung jawab sendiri dan kami tidak mengambil risiko, adik yang masih kecil terpaksa tunggu di bawah bersama angah yang akhirnya berkaki ayam kerana kehilangan kedua2 belah tapak kasutnya.
trek yang curam memerlukan tali untuk naik keatas
yang lain masih bersemangat menereruskan pendakian sehingga ke puncak , abang dan along..mama yang berbekalkan semangat akhirnya berjaya juga sampai dipuncak dengan muka ala2 pucat kerana kekurangan oksigen, kerana oksigen makin kurang bila kita berada ditempat yang lebih tinggi. Untuk sampai kepuncak pertama ini mengambil masa kira kira 15 minit.trek yang curam ditambah dengan debu pasir yang licin agak menyulitkan pendaki yang tidak cukup bersedia dengan stamina . memandang kan cuaca sekarang kering trek ini di litupi debu halus dan agak mencomotkan pakaian pendaki.
pemandangan yang indah dari puncak Broga
satu kepuasan apabila sampai ke puncak kerana melihatkan pemandangan dari puncak yang sungguh indah .syukur kepada illahi kerana menganugerahkan alam yang indah ini untuk dinikmati.dari puncak ini luas mata memandang dan ada berberapa puncak yang lebih landai .terdapat 3 aras untuk di daki dan ada satu lagi puncak iaitu puncak tok wan yan jarak nya kira 45 minit lagi perjalan dan pendakian untuk kepuncaknya. cuaca mentari mula menyinarkan bahangnya dan kami berada kira kira 15 minit sahaja di atas dan terasa puas kerana selama ini cuma mendengar cerita dari rakan2 sahaja , dan kali ini kami merasai sendiri pengalaman sampai kepuncak. apapun agak terkilan kerana angah dan adik gagal menawan puncak broga kali ini kerana masalah kasut, dan menyimpan azam untuk kembali semula ke BROGA HILLS ini nanti


Hai!
Hasilkan laman web anda seperti mana yang saya lalukan.
Ianya mudah, dan percuma.
AD

Penang

Fort Cornwellis kota peninggalan penjajah
mai pekena pasemboq mamak penang ...tapi agak2 jgn main belasah ambil , silap-silap sepinggan kena 40 hingget
Selepas 2 hari berada di langkawi kami singgah di Penang kerana anak anak teringin untuk melalui jambatan pulau pinang . jambatan kedua pun sudah hampir nak siap tetapi jambatan pertama pun tak merasa lagi . seperti juga feri , hanya tol  atau bayaran sehala sahaja yang dikenakan .terasa juga ingin pekena pasemboq mamak penang di padang kota lama , kerana  destinasi di Penang yang terkenal dengan pasemboq ialah padang kota lama. di padang kota lama ini juga terdapat kota convellis peninggalan penjajah dan deretan meriam lama yang menjadi kubu kuat suatu ketika dulu. selepas berjalan di tepi padang kota lama ini dimana pengunjung boleh bersantai di tembok tepi pantai yang menghadap ke tanah besar sambil melihat kapal dagang dari pelabuhan pulau pinang. kami tidak menginap di sini kerana masa tidak mengizinkan dan kami berangkat pulang ke semenyih pada sebelah petang.
seperti di melaka , penang juga masih banyak beca yang diguna untuk membawa pelancung bersiar siar tetapi mungkin disini tidak semeriah bandar hilir..sampai pakcik pengayuh beca tu pun lena ..noo
  • melalui jambatan pulau pinang yang merupakan jambatan yang terpanjang di Asia Tenggara







    kelihatan dari jauh  pelabuhan pulau pinang dari tembok padang kota lama





Hai!
Hasilkan laman web anda seperti mana yang saya lalukan.
Ianya mudah, dan percuma.
AD

Genting Highland kota keriangan

Bersama kuda terbang
Genting Highland sinonim dengan tempat yang menjadi kota keriangan bagi penggemar aktiviti permainan yang ekstrim seperti roller coster , bungee jumping dan pelbagai permainan menarik.di sini juga dengan cuaca yang dingin menambah lagi suasan percutian yang menarik. tetapi bagi yang cuma ingin merasa kedinginan dan sekadar bersiar2 di indoor park tidak perlu membeli tiket masuk kerana di indoor park ini boleh sahaja masuk dan di sini juga terdapat shopping complek dan food court.
tak ramai yang perasan di sini juga terdapat sebuah masjid , walau dikongsi dengan bangunan lain . kami singgah solat zuhur di sini keran di resort world sudah tentu sukar untuk mencari surau atau ruang solat. masjid genting ini terletak berhampiran balai polis genting yang cuma kira2 lima minit perjalan dari enterance outdoor park
Genting indoor park
Tak ramai pengunjung yang tahu lokasi di taman bunga Genting ini kerana pengunjung lebih tertumpu di Thame Park sahaja
Hai!
Hasilkan laman web anda seperti mana yang saya lalukan.
Ianya mudah, dan percuma.
AD

Jepun Negara Matahari Terbit

Disneyland of Tokyo Japan
musim luruh daun mula kekuningan dan ada pokok yang sudah togel
Pada tahun 1995 aku berpeluang ke jepun . nak pergi sendiri ..mmm susah sikit ..tapi ini lah peluang aku untuk merasa ke negara matahari terbit semasa berkhidmat dengan sebuah syarikat jepun di malaysia. tujuan aku dihantar kesana adalah untuk new model develoment untuk company jepun itu iaitu Hitachi Air cond yang mengeluarkan penyaman udara bilik dengan teknologi baru ketika itu .
jadi peluang ini juga aku ambil untuk mengenal budaya kerja dan adat , serta kehidupan orang jepun. nasib aku agak baik kerana berpeluang mengunjungi rumah berberapa keluarga  jepun dan merasai sendiri adat budaya dan makanan mereka.
budaya kerja orang jepun dan teknologi yang ada pada ketika itu , memang kita tertinggal lebih kurang 15 tahun kebelakang. walau bagaimana pun adat budaya kehidupan mereka tidak jauh beza dengan masyarakat timur yang lain , saling menghormati antara satu sama lain.
cuma cara mereka menghormati tetamu dengan cara menundukkan kepala amat aku puji. Tak kira siapa kepala akan ditundukkan tanda hormat sambil mengucapkan Haitt !!!.
Aku juga di jemput kebertandang di rumah seorang kakitangan hitachi ditochigi iaitu Hashimoto San. keluarganya menerima kami dengan penuh hormat dan mereka juga cuba  menyediakan masakan malaysia iaitu masakan kari ala jepun. Mereka faham kami orang muslim dan sedaya upaya mendapakkan makanan halal dari pusat islam yang terdapat diTochigi ini.

kebetulan masa kami berada di sana adalah musim luruh dan cuaca agak sejuk dan kadang2 sampai mencecah 5 darjah celcius .Pada cuti minggu berikutnya kami di bawa oleh rakan kerja warga hitachi untuk mendaki Ohira yama...YAMA bermaksud Gunung dalam bahasa jepun.di  sini kami mendaki melalui trek yang juga boleh dilalaui oleh kenderaan , tetapi untuk lebih mencabar kami berjalan kaki untuk sampai kepuncak. ramai juga pengunjung kemari untuk beriadah di hujung minggu. penat juga untuk ke puncak tetapi dengan cuaca yang dingin tiada peluh yang keluar dan aku mengenakan tiga lapis baju dan 2dua lapis seluar untuk mengurangkan rasa sejuk.
nak bergambar pun kena panjat tinggi sikit sebab orang terlalu ramai
pada hari cuti yang lain aku juga berpeluang mengunjungi Disneyland of Tokyo yang mempunyai permainan yang sangat canggih di dunia pada ketika itu. dan tiket masuk jika dikira dengan RM ialah 140 seorang. tetapi pengunjung punyalah ramai dan kami menaiki bullet train dari tochigi ke tokyo seawal jam 4 pagi untuk mengelakkan beratur panjang di kaunter tiket. Terdapat juga pengunjung dari malaysia yang kami temui di dalam Disneyland ini .

Satu keseronokan dan kepuasan merasai pengalaman di sini dengan berbagai permainan yang menarik. Budaya kerja mereka yang tekun dan kejujuran masyarakat jepun memang menjadi satu trademark mereka dan perkara ini yang boleh dipraktikkan oleh semua rakyat malaysia jika ingin setanding dengan mereka. Sayonara ..mata aiemasho.
suasan musim luruh di Tochigi Japan..cantik dan bersih
Hai!
Hasilkan laman web anda seperti mana yang saya lalukan.
Ianya mudah, dan percuma.
AD