Thursday 13 June 2013

Colmar Resort Bukit Tinggi

colmar resort bukit tinggi pahang
berlatarbelakangkan bangunan ala eropah
Dalam perjalanan pulang dari kampung di jengka pahang , kami bercadang  untuk singgah di Colmar Bukit Tinggi. ianya terletak di lebuh raya pantai timur selepas melalui lebuhraya karak kami terus menyusuri bukit yang seakan2 perjalanan ke cameron highland. setiba di pintu masuk kami dikenakan bayaran masuk RM 60 untuk 4 dewasa dan 2 kanak2. selepas memakir kereta kami bersiar siar di kawasan colmar resort yang tersergam sebuah bangunan ala inggeris dan kelihatan seperti sebuah istana . reka bentuk bangunan disini memang bercirikan bangunan di Perancis dan berkonsepkan percutian ala eropah .dengan cuaca yang dingin dan ditambah dengan angin sepoi2 bahasa yang bertiup menambah lagi suasana ala eropah .Terdapat juga cafe , Bilik hotel dan gerai jualan cenderamata dan ada persembahan juga dipersembahkan untuk pengunjung yang datang.


Colmar Town

Dari colmar ini pengunjung boleh naik ke atas lagi , untuk naik keatas lagi pengunjung perlu mengikut trek berjalan kaki kerana kenderaan tidak dibenarkan masuk, Longlai juga kaki untuk mendaki , mujur cuaca yang dingin dan nyaman menguatkan semangat untuk melihat pemandangan diatas sana .di sini terdapat pula bangunan yang berkonsepkan bangunan jepun kuno. berada di si seakan- akan berada di jepun pada abad ke 18 kerana ciri bangunan dan pakaian  tradisional yang dipakai oleh masyarakat jepun iaitu kimono juga boleh di sewa disini. terdapat juga taman botani di atas puncak bukit tinggi ini serta terdapat juga air terjun yang mengalir dicelah2 batu menimbulkan lagi suasan nyaman disini.
Pintu gerbang masuk ke perkampungan berkonsepkan jepun

Japanese Village 3500 Kaki dari aras laut








Hai!
Hasilkan laman web anda seperti mana yang saya lalukan.
Ianya mudah, dan percuma.
AD

No comments:

Post a Comment