Thursday 13 June 2013

Melaka bandar bersejarah

kota A famosa
Pemandangan bandar hilir dari menara taming sari
Melaka bandaraya bersejarah , banyak lokasi yang menarik dimelaka untuk dikunjungi , sebut bandar hilir semua terbayang akan sebuah kota peninggalan portugis yang menjadi lokasi wajib untuk seisi bergambar kerana sejarah telah menceritakan kepada dunia tentang kota A Famosa.walaupun hanya tinggal gerbang tetapi keteguhan struktur binaan gerbang tersebut , sehingga kini masih boleh dilihat sebagai tinggalan sejarah dan menjadi kota warisan dunia.
selain A famosa terdapat juga muzium kapal dengan reka bentuk kapal Flora D lamar yang mengingatkan kepada Al fonso de Al buque , seorang kapten kapal yang datang untuk menakluki melaka pada 1511 .Tetapi anak2 muda kini hanya  mengenali bangsa portugis cuma cristiano ronaldo atau jose mourinho sahaja .Saki baki peninggalan bangsa portugis ini masih boleh ditemui dikampung Morten yang digazet oleh kerajaan negeri sebagai kampung warisan sejarah.
keretapi klasik sebelum merdeka
Dan satu lagi tarikan terbaru dibandar hilir ialah menara berputar Taming Sari. pengunjung perlu membeli tiket untuk menaiki menara berputar ini.kami tidak melepaskan peluang untuk menikmati pemandangan dari menara berputar ini, dengan masa 15 minit diatas gendola ini,pengunjung merasa puas juga untuk melihat bandar melaka dari sudut berbeza. sebelum pulang kami membeli sedikit buah tangan untuk dibawa pulang dibazar yang terdapat berhadapan muzium kapal.
"flying its so high" kapal terbang perang dunia ke 2 juga dipamerkan






















Hai!
Hasilkan laman web anda seperti mana yang saya lalukan.
Ianya mudah, dan percuma.
AD

No comments:

Post a Comment