Thursday 13 June 2013

Langkawi Pulau Lagenda Nov 2011

Dari platform kabel car puncak gunung Mat chincang
dalam kabel car menuju ke puncak gunung Mat chinchang
Perancangan untuk ke langkawi hanya diputuskan berberapa jam sebelum bertolak .pada sebelah petang secara tiba2 terlintas difikiran untuk ke langkawi . dengan budget yang dikumpul dari duit anak2 dan isteri apabila dijumlahkan kesemuanya cukup untuk percutian mengejut ke langkawi
bertolak sebelah malam pada jam 9 dan tiba di jeti kuala perlis disubuh hari. selepas selesai solat subuh kami mendapatkan tiket untuk ke pulau langkawi. feri bertolak seawal jam 7 dan tiba di jeti kuah kira2 jam 8 pagi. urusan mencari kereta sewa dari pengusaha yang sedia menunggu di jeti. kami berjaya mendapatkan kereta proton iswara berwarna putih.dan tiba pula masanya untuk mencari tempat penginapan , kerana tiada tempahan awal di buat kami terpaksa pusing satu pulau untuk mendapatkan sebuah bilik.Akhirnya Motel Tok Wan menawarkan harga yang berpatutan dan lokasi nya terletak di tengah2 antara pantai chenang dan pekan kuah memudahkan untuk kelokasi yang biasa dikunjungi oleh pelancung.
pemandangan yang indah dari pelantar stesen kabel car
dengan tidak melengah lengahkan masa di sebelah petang kami ke stesen cabel car untuk menuju naik ke gunung mat chincang. dengan tiket RM 80 untuk 4 dewasa dan 2 kanak2 kami naik dengan perasaan yang agak mengujakan. ini pengalaman pertama untuk naik ke gunung machincang .Dari pelantar ini kita boleh melalui jambatan gantung yang menghubungkan dua puncak, terasa gayat juga melihat kebawah , tetapi dari atas ini kita dapat melihat pemandangan dengan deretan pulau diteluk andaman ini.  Tidak semua pengunjung datang kesini berjaya naik ke puncak gunung ini, ini adalah disebabkan faktor cuaca hujan atau berangin ,perkhidmatan kereta kabel akan di berhentikan untuk menjamin keselamatan pelancung .
Pemandangan dari skybridge gunung Mat chinchang
Pantai Tanjung Rhu
Antara pantai yang terkenal diLangkawi ini ialah pantai chenang. tetapi kami memilih pantai Tanjung Rhu untuk bermandi manda .Dipantai ini pemandangan begitu cantik sekali dengan kejernihan airnya dan pasirnya yg putih ditambah dengan pemandangan bukit batu kapur yang membentuk pulau-pulau kecil ditengah -tengah laut. Dengan deretan pohon rhu di pesisir pantai menambah lagi keindahan pantai ini, dan tak heran lah pelancung asing memilih lokasi ini untuk bercuti .Mama dan kakak ke lokasi lain iaitu membeli belah di pusat jualan barangan bebas cukai ,Idaman suri yang terletak berhampiran pekan kuah disini kunjungan wajib bagi kaum hawa untuk membeli barangan peralatan dapur yang boleh dapatkan dengan harga yang murah. Satu lagi lokasi wajib ialah, makam mahsuri yang menjadi lagenda di Langkawi ini.Sambil berjalan jalan kami singgah di warung yang menjual laksa dan som tam dijalan makam mahsuri ini . kami mencuba som tam iaitu sejenis makanan thailand yang diperbuat dari buah betik separuh masak yang di parut , sedap juga ditambah dengan perut yang sudah lapar. Hasrat untuk bergambar di mercu tanda langkawi iaitu helang besar yang terletak di pekan kuah tidak kesampaian kerana replika helang besar itu sedang dalam proses baik pulih dan menaik taraf kawasan sekitarnya.

perigi mahsuriJadi kami sekadar berjalan-jalan sahaja dipekan kuah sambil membeli baju dan cenderamata .Dihari ketiga kami berangkat pulang seawal pagi kerana bimbang kesesakan di terminal feri jeti kuah.
Hai!
Hasilkan laman web anda seperti mana yang saya lalukan.
Ianya mudah, dan percuma.
AD

No comments:

Post a Comment