Wednesday 3 July 2013

Pulau Pangkor

Pantai Teluk Nipah

Musim cuti sekolah yang lepas , anak anak mula merancang untuk bercuti. si kakak yang telah pernah bercuti di pulau pangkor di usia 4 dan 5 tahun pasti sukar utk mengingati detik itu kerana sudah berlalu kira kira 13 tahun lepas..si abang dan adik terlalu teruja untuk ke pulau pangkor kerana tidak pernah merasai lagi pengalaman percutian disana..si ibu pula yg masih mengingati percutian lepas kira pada tahun 2001 , juga teruja dengan banyaknya perubahan yg dapat di jumpai melalui pautan diinternet.si bapa seperti biasa cool sahaja , cuma dlm kepala otak pening juga utk memikirkan kos untuk kesana. dan pada cuti hari wesak yang lepas iatu pada hari pertama cuti sekolah kami sekeluarga bertolak dari semenyih seawal jam 3 pagi menuju ke pulau pulau pangkor.sepanjang perjalanan didalam kereta anak2 semua masih lena tidur. dengan menyusuri jalan lama klang sabak bernam dan hutan melintang perak..kami tiba di jeti lumut pada jam 7 pagi . setelah memakir kereta di lot parking bertingkat dibandar lumut..kami pun menuju ke jeti untuk mendapatkan tiket awal ke pulau pangkor.

setelah mendapatkan tiket 4 dewasa yang bernilai RM10 setiap satu dan RM5 utk abang dan adik ( kanak kanak ) .tiket ini sah utk dua hala cuma perlu disimpan ..dan jika hilang perlu di beli semula.
dari jeti lumut ke jeti pangkor mengambil masa kira 45 minit dan setiba di jeti pangkor kami menyewa sebuah van teksi yang berwarna pink utk ke pantai Teluk Nipah yg telah ditetapkan untuk destinasi percutian kami kali ini.bayaran sebanyak RM 20 dikenakan utk 6 orang.setelah check in di challet Liana Villa dengan kadar        semalaman RM 110 untuk family suite kami menyimpan bag dan menukar pakaian dan    perancangan utama untuk aktiviti snorkeling di Pulau Giam, dengan kadar sewa bot RM 40 dan 2 gogle RM 5 setiap satu kami menaiki bot ke pulau Giam yg jaraknya kira 1/2 km shj dari pantai Teluk Nipah. Setiba di Pulau Giam anak2 sangat teruja melihat ikan yg banyak dan bermain-main ditangan jika dilemparkan potongan roti. Ini pengalaman pertama mereka dengan menggunakan gogle untuk melihat ikan dengan lebih dekat .ramai juga pengunjung lain yg turut sama menyertai aktiviti snorkelling di pulau 
Giam . masa untuk berada di pulau itu bergantung kpd permintaan kita dan kami menetapkan 2 jam utk merasai nikmat melihat keindahan alam ciptaan Illahi ini dgn lebih dekat lagi.


Dengan dibekalkan jaket keselamatan Along , Angah dan abang agak berani sehingga ke tempat yg lebih dalam.keadaan air ketika itu mula pasang dan  berombak .pengunjung silih berganti , tetapi kami masih lagu belum puas utk bermain dengan ikan .setelah masa yang ditetapkan pengusaha bot datang utk membawa kami semula ke pantai.
selepas aktiviti snorkelling kami berehat di bilik sehingga petang didalam bilik sahaja. selepas asar abang dan adik turun semula utk bermain air dipantai. Yang lain Cuma menikmati minum petang dan goreng pisang yang dibeli warung di pantai nipah ini. Sebelah malam dipantai agak ramai 


juga pengunjung yang bersiar2 dipantai sambil bersiar-siar menjamu selera dan untuk mendapatkan malam tidak sukar kerana banyak gerai makanan yang menjual pelbagai makanan laut yang segar. terdapat diPantai Teluk Nipah ini . Anak2 yang sudah keletihan berehat sahaja di bilik dan cuaca pula kurang elok, hujan renyai2 turun membantutkan aktiviti malam utk bersiar2 di gerai jualan baju serta cenderamata





.Aktiviti sebelah pagi hari kedua , anak2 masih turun kepantai untuk mandi , setelah pulang ke bilik dan berkemas untuk keluar, kira2 jam 12 kami check out dari bilik dan mengambil teksi untuk kepekan Pangkor. sesampai sahaja di pekan Pangkor 

kami  menyewa sebuah skuter dengan kadar RM 30 ..aktiviti di teruskan lagi tapi kini motor pula menjadi medium pengangkutan.dengan 3 kali ulang alik untuk mengangkut penumpang , scooter berwarna kuning membawa kami ke teluk gedung untuk melihat kota Belanda,Dapat dilihat kesan dari peninggalan sejarah. dan disini juga dikatakan perjanjian pangkor ditandatangani .sila rujuk sejarah   setelah puas melihat tinggalan kota sejarah ini dan bergambar , kami menuju pula  ke batu bersurat di sebelah depan kira kira 500 meter shj dari kota Belanda ini , batu bersurat ini cuma ada berberapa tulisan dan gambar yg dipercayai di pahat oleh penjajah belanda pada ketika itu berdasarkan corak dan objeknya.
selepas itu kami berpatah semula untuk makan tengah hari, kami singgah di kampong masjid untuk solat dan makan diwarung berhampiran .Di warung berhampiran kampung masjid ada terdapat pengusaha melayu yang mengusahakan pembuatan  ikan kering seperti ikan talang ikan tamban 


ikan masin cekik leher , ikan gelama dan pelbagai jenis ikan kering yang dikeringkan sendiri oleh nelayan di pesisir kampong masjid ini.kami membeli ikan kering dari sini utk dibawa pulang.Selepas itu kami ke pekan pangkor dan pergi melawat kilang memproses ikan kering dan satay ikan yang begitu popular dipangkor, tetapi kebanyakan aktiviti ini telah lama  dikuasai oleh orang2 cina .selepas  membeli sedikit buah tangan wajib iaitu satay ikan pangkor kami ke satu lokasi iaitu  di Mini . 
Tembok Cina dan terdapat sebuah Tample juga ada terdapat gerai menjual cenderahati , cuaca pada petang ini agak hangat ditambah dengan cuaca pulau , amat memeritkan kulit muka.     dan kami kembali semula ke jeti dan setelah membeli buah tangan cenderamata serta baju kami bergerak pulang ke jeti pangkor.setelah menaiki feri untuk ke lumut  Kira kira 45 minit perjalanan kami tiba di jeti lumut . Mama serta kakak menyambung lagi aktiviti membeli belah dipekan Lumut  pula .Selepas makan car kueh tiaw digerai berhampiran kami menuju ke kereta untuk pulang ke semenyih.berakhir percutian kami kali ini .