Thursday 13 June 2013

Memetik daun teh di Cameron Highland

memetik daun teh di kaki gunung Brinchang
Air Terjun Lata Iskandar
Sebut sahaja tentang cameron highland semua terbayang dengan buah strawbery yang terdapat di kawasan tanah tinggi ini. kali ini kami merancang untuk menyambut hari ulang tahun perkahwinan kami  yang entah keberapa....macam dah lama sangat rasa nya  ( tu yg tak berapa nak ingat ). apabila di cadangkan pada pukul 9 pagi kami terus bergerak menuju ke cameron highland pada pukul 11 pagi dihari yang sama. begitulah percutian kami sekeluarga dengan tema SEBUT SAJA...pasti jika diizinkan Allah dan tiada aral melintang akan sampailah ke destinasi yang dituju.
dari kuala lumpur kami mengikut jalan lama rawang kuala kubu dan tanjung malim untuk menjimatkan kos Tol dan naik ke atas melalui persimpangan Tapah . singgah sebentar di air terjun lata Iskandar untuk melepas penat dan pening2 lalat akibat dari laluan yang banyak selekoh.
Dalam perjalanan selepas pekan Ringlet , ketikan mendaki  tiba-tiba sebuah lori membawa muatan sayur meluncur begitu laju disatu selekoh dan hampir merempuh kenderaan kami , mujur sempat mengelak kebahu jalan.
Pemandu dinasihati membunyikan Hon setiap kali melalui selekoh tajam untuk memberi isyarat kepada kenderaan dihadapan kerana laluan berliku dan berbukit .Selepas melalui Tanah Rata kami terus naik ke pekan Brinchang untuk mendapatkan bilik yang kami survey di internet tetapi tidak membuat tempahan kerana yakin masih ada kekosongan bilik. namun begitu jenuh juga mencari bilik yang sesuai dgn harga yang berpatutan. akhirnya kami memilih  Green Hotel dengan kadar sewa RM110 semalaman. 
kehijauan ladang teh menyejuk mata memandang
Suasan di Brinchang amat jauh berbeza sewaktu kami pergi kira-kira  8 tahun yang lepas, ini kerana  pekan brinchang sekarang lebih sibuk dan sesak dengan kenderaan, Hotel-hotel budget terdapat dengan banyaknya di pekan Berinchang ini .tarikan disini pada malam hari cuma terdapat pasar malam yang menjual pelbagai jenis sayur dan buah2an segar yang terdapat di ladang sekitar sini.
keesokan harinya kami cuba naik ke puncak gunung brinchang melalui jalan kebun teh. melihatkan kenderaan van persiaran yang membawa pelancung ke atas kami mengekori kenderaan tersebut , tetapi agak malang kerana jarum minyak telah menunjuk kan kearas" E" dan kalau kehabisan minyak mau menapak dibuatnya. jadi untuk mengelakkan dari kehabis petrol, kami berhenti dipertengahan jalan dan sekadar bergambar dari kedudukan yang agak tinggi juga walaupun, tidak berjaya sampai ke puncak .Biasanya kalau kesesuatu tempat itu kami lebih memilih untuk pergi ketempat yang ada kelainan sedikit dari tempat yang biasa dikunjungi oleh orang ramai , ada kelainan sedikit baru ada umm!!!  bak kata iklan Teh Boh.

Memetik buah strawbery

buah strawbery yg segar dari ladang
Tidak lengkap percutian ke Cameron Highland jika tidak memetik buah Strawbery. untuk mendapatkan buah strawbery tidak sukar kerana banyak terdapat gerai jualan disini yang menjual buah strawbery dan banyak juga  ladang yang menawarkan pakej memetik buah strawberi RM 20  untuk 1/2 kg ( pakej petik sendiri ). kami juga membawa anak2 masuk ke taman rama2 dan melawat ladang ternakan lebah. sebelum balik kami singgah di masjid Tanah Rata untuk solat dan makan tengahhari  di Taman berhampiran Masjid Tanah Rata ini. Selepas makan kami berangkat turun pada sebelah petangnya. 
Hai!
Hasilkan laman web anda seperti mana yang saya lalukan.
Ianya mudah, dan percuma.
AD

No comments:

Post a Comment