Thursday 13 June 2013

Kuching Sarawak Dec 2012 ( Bumi Kenyalang )

bersama Air Asia yg merentasi ruang udara Laut china Selatan
LCCT
kali ini aku ingin berkongsi percutian ku di kuching sarawak. Percutian kami kali ini atas perlawaan jiran kami iaitu Pozi dan isterinya. keputusan disaat akhir dibuat selepas pelawaan berulang kali dari awal tahun lagi sebab untuk pergi sendiri  last minute memang mustahil sebab belum ada kenderaan yang bertayar empat , yang boleh merentasi laut china selatan.penerbangan tambang murahlah yang menjadi pilihan. Masalah untuk mendapatkan tambang murah di saat akhir sorry cakaplah..memang tiada  ,so tiada pilihan kami mendapatkan dengan harga agak mahal kerana tiada lagi tawaran , ditambah pada musim puncak iaitu cuti persekolah hujung tahun. kami menempah tiket secara online untuk enam orang dan persiapan cuma tinggal 2 bulan untuk ke sana.
Tiba hari yang dinantikan kami ke LCCT pada 1hb Dec 2012. selepas urusan check in bagasi dan tiket , kami ke balai menunggu kerana penerbangan pada pukul 11.45 dan setelah masuk kebalai berlepas,  kami memanjat tangga kapal terbang dengan perasaan berkobar2 kerana Bagi  anak anak dan isteri ini adalah pengalaman pertama mereka menaiki kapal terbang sudah tentu perasaan bercampur gembira dan cemas. 
Gateways Hotel
Selepas kapal terbang meluncur laju di landasan dan berlepas ke udara perasaan gementar mula hilang , dan dari ruang udara dapat melihat keindahan bumi semenanjung  dari atas. penerbangan ke kuching mengambil masa kira kira 1 jam 45 minit dan tiba diruang udara kuching selepas merentasi Laut China Selatan ,akhirnya kami sampai dan  mendarat di lapangan terbang antarabangsa kuching dengan selamat . Alhamdullilah ...setelah segala urusan selesai , kami bergerak keluar dan mendapatkan  teksi menuju ke hotel Gateways di BandarRaya kuching berhadapan dengan Kuching Water front, sepanjang perjalanan pemandu teksi yang berketurunan iban itu turut bercerita lokasi yg menjadi tarikan untuk dilawati oleh pengunjung yg datang dari luar. selepas check in di hotel  , kami berehat seketika , dan disebelah petang kami ke pasar Satok untuk melihat suasana pasar yang menjadi sebutan pemandu teksi tadi untuk membeli belah. dipasar satok banyak terdapat pelbagai barang cenderamata dan makanan sarawak dan yang paling utama kami kesini untuk mendapatkan ikan terubuk masin yang asli . setelah berjalan disekitar pasar tersebut , kami membeli ikan terubuk masin dari seorang pak haji yang agak peramah.harga pun agak murah , saiz  yang sederhana dijual RM 10 untuk 4 ekor. di sini juga terdapat pelbagai makanan dan buah buahan yg pelik dan tidak biasa dilihat di pasar2 di semenanjung antaranya buah Dabai yg agak banyak dijual dimerata pasar ini.
Buah Dabai direndam dalam air garam suam sebelum dimakan



pemandangan di pasar sarekin
Nadim Homestay
Untuk hari ke tiga kami check out dari hotel Gateway dan mencari homestay dikampung gersik terletak seberang sungai diperkampungan melayu, ini kerana hendak merasai sendiri pengalaman duduk dikawasan perkampungan bersama2 dengan masyarakat melayu di sana. tuan punya homestay ini seorang melayu sarawak yang kami panggil pak haji dan baik orangnya. pada awalnya kami cuma ingin menyewa rumah yang sederhana dengan dua bilik, tetapi memandangkan tiada pengunjug pada ketika itu , kami diberi sebuah rumah dengan 4 bilik dan sangat         
  luas. kami dibenarkan menggunakan kemudahan didalam rumah ini dan berasa sangat selesa bagai  berada dirumah sendiri pula .Dihari kedua kami menyewa sebuah toyota unser untuk ke pasar sarekin yang terletak di sempadan kalimantan , pontianak. untuk kesana mengambil masa 2 jam melalui kota samarahan . jalan raya di sarawak ini masih agak baik juga , tetapi masalah paling besar ialah kurangnya papan tanda petunjuk arah jalan. GPS yang aku bawa pula tidak berfungsi ini  mungkin kerana GPS ini menggunakan perisan yang tidak didaftarkan , ini menambah lagi kesulitan untuk bergerak kesana kemari. walau bagaimanapun akhirnya kami tiba dilokasi yang di tuju iaitu pasar sarekin yang 
seakan pasar lambak atau pasar malam , cuma disini banyak dijual barangan dari kalimantan yang dibawa masuk oleh warga indonesia yang tinggal disempadan , dan mereka berniaga cuma satu hari satu malam sahaja dan pada tengahhari ahad mereka akan kembali ke kalimantan semula. harga barangan sisini agak berpatutan jika pandai berbahasa sarawak pasti dapat harga yang 
lebih  murah.

keesokan hari nya disebelah pagi kami sempat ke taman buaya Jong di kota samarahan .ditaman buaya ini tiket yang dikenakan untuk dewasa ialah RM 8 dan RM 5 untuk kanak2. Terdapat beratus2 ekor buaya berbagai spesis dan saiz.mengerunkan juga melihat buaya ini dan terbayang akan bagaimana masyarakat yang mendiami sungai disarawak ini berhadapan dengan makhluk pra sejarah yang ganas ini,  antara buaya yang terbesar ialah dari keluarga  buaya bujang senang yang mendiami sungai rejang. walaubagaimanapun masyarakat sarawak dari keturunan iban sangat memusuhi buaya ini dan mereka juga marah dengan kerajaan negeri yang menjadikan buaya ini sebagai satu tarikan pelancungan di kuching ini.
inilah Buaya Bujang Senang yang berjaya kami jinakkan dan tangkap .............gambarnya

Mee kolok rugi kalau tak rasa ...mmm dapp !!!
berlatarbelakangkan Gunung Santubong
perkampungan budaya sarawak


sempat juga berkunjung ke kaki gunung santubong melalui semariang . disini terdapat perkampungan budaya sarawak dengan keluasan 15 hektar , dan dihuni oleh pelbagai ektnik yang terdapat di sarawak ini .akibat cuaca hujan kami hanya bergambar di luar sahaja . lokasi juga menarik dengan berlatarbelakangkan pemandangan gunung santubong dan ianya terletak di tepi pantai dan terdapat medan seleran dan pusat jualan cenderamata . sebelum pulang kami sempat singgah dikampung boyan untuk membeli kek lapis sarawak .di sini terdapat ramai pengusaha kek lapis sarawak yang mengusahakan secara kecil kecilan dari rumah. kek lapis Dayang Salihah menjadi pilihan utama pengunjung kerana terdapat pelbagai jenis dan rasa serta coraknya yang menarik. Pelbagai nama yang di berikan antaranya awan nano hafis , pandalela dan bermacam lagi yang berkaitan dengan negeri sarawak. Dan yang paling best..juga kita boleh test food iaitu mencuba rasa sebelum membeli. akibat dari terlalu banyak mencuba akhirnya keliru , mana satu yang sedap pun dah tak tau kerana perut sudah kenyang. Tetapi untuk tidak menghampakan untuk buah tangan saudara dan jiran , kami beli juga mana yang berkenan dimata.sempat juga    
kek lapis Dayang Salihah yang terkenal dan menjadi pilihan peminat kek lapis sarawakkami mencuba menaiki bot penambang yang menjadi pengangkutan utama penduduk yang tinggal kampung di seberang sungai. kecut juga perut dengan tiada jaket keselamatan dan penumpang yang lebih muatan..terbayang juga sang bedal yang menunggu di bawah air..ngeri nya 

.
bot penambang dengan tambang 50 sen untuk keseberang


Jeti Bot Penambang berhadapan Kuching Water Front



Replika kucing yang menjadi mercu tanda BandarRaya Kuching

disebelah petangnya kami mula berkemas untuk pulang semula ke kualalumpur. selepas memasuki balai berlepas ,pengumuman flight delay selama40 minit kerana masalah cuaca. akhirnya kami berlepas dari bumi kenyalang ni  dan tiba di LCCT KLIA dengan selamat pada pukul 10 malam...satu pengalaman yang menyeronokkan walaupun kos agak tinggi namun terdetik juga untuk kekuching lagi jika ada rezeki .





Hai!
Hasilkan laman web anda seperti mana yang saya lalukan.
Ianya mudah, dan percuma.
AD

No comments:

Post a Comment